LELAKI: MUKADIMAH
Bilangan lelaki yang aku kenal.. tak terkira ramainya. Tak bangga. Sikit pun tak. Buang masa.. tenaga..air mata. Bilangan hati bersepai pun banyak... Sejak bila ea? Mungkin sejak aku masuk universiti. Sebab sekolah dulu aku buruk, takde yang nak dekat. Bila dah pandai melawa.. pulak tu usia remaja.. dah mula ada keinginan nak berpunya. Masa dekat u zaman diploma.. masa tu rasa macam okey lagi. Tak terlalu besar isu ni. Aku rasa isu ni jadi semakin serius bermula lepas aku putuskan ikatan dengan RA.
Sikit lagi aku nak kahwin. Waktu tu, impian aku terbesar adalah menjadi isteri solehah dan dapatkan satu tiket ekspres ke syurga. Tapi perjalanannya tak semudah berkata2. Semakin lama sampai sekarang aku kira jalan semakin berliku dan aku rasa aku dah tersesat jauh. Tersesat dari landasan yang sepatutnya aku gunakan untuk ke arah hidup yang lebih baik. Makin meningkat usia, semua ni jadi semakin complicated.
Tak boleh ke aku lari dari semua ni? Atau sekurang-kurangnya hilang perasaan aku nak ada pasangan. Hilangkan rasa cinta, nafsu dan yang sewaktu dengannya. Atau mungkin lenyapkan impian aku nak menjadi isteri solehah? Semakin aku pasak dalam2 keiniginan aku, semakin tenggelam aku. Tnpa sedar. No, aku sedar tapi aku pura2 tak sedar. Seolah-olah, semuanya baik saja.
Selepas kejadian dengan RA, aku sebenarnya semakin jauh dengan tujuan sebenar aku. Bukan aku yang nak menjauh dari target, tapi dia macam jauh sendiri. Tapi sebenarnya ini dah luar kawalan aku. Dua benda yang aku takleh pegang. Ajal dan jodoh.
Cerita aku pasal lelaki ni terlalu panjang. Aku penat nak mengarang kisah sendiri sebenarnya. Penat sangat beremosi kemudian berpura-pura tak apa-apa sebab taknak merisaukan mana-mana pihak terutamanya mak abah. Kronologi ni panjang sebenarnya tapi harini aku mukadimah je dulu.
Dari Hati,
Maya Kirana
Comments
Post a Comment