Posts

LELAKI: MUKADIMAH

 Bilangan lelaki yang aku kenal.. tak terkira ramainya. Tak bangga. Sikit pun tak. Buang masa.. tenaga..air mata. Bilangan hati bersepai pun banyak... Sejak bila ea? Mungkin sejak aku masuk universiti. Sebab sekolah dulu aku buruk, takde yang nak dekat. Bila dah pandai melawa.. pulak tu usia remaja.. dah mula ada keinginan nak berpunya. Masa dekat u zaman diploma.. masa tu rasa macam okey lagi. Tak terlalu besar isu ni. Aku rasa isu ni jadi semakin serius bermula lepas aku putuskan ikatan dengan RA.  Sikit lagi aku nak kahwin. Waktu tu, impian aku terbesar adalah menjadi isteri solehah dan dapatkan satu tiket ekspres ke syurga. Tapi perjalanannya tak semudah berkata2. Semakin lama sampai sekarang aku kira jalan semakin berliku dan aku rasa aku dah tersesat jauh. Tersesat dari landasan yang sepatutnya aku gunakan untuk ke arah hidup yang lebih baik. Makin meningkat usia, semua ni jadi semakin complicated.  Tak boleh ke aku lari dari semua ni? Atau sekurang-kurangnya hilang...

INTRODUKSI

 Ini sekadar satu diari. Sebab aku bukan seorang penyimpan yang baik untuk masalah hati aku sendiri. Semua di sini berunsurkan kisah2 aku sendiri. Mungkin watak sampingan ada pelakon tambahan, tapi jalan ceritanya tertumpu pada kronologi hidup aku. Perasaan aku, emosi aku.